20081218

Kodok

Lagu reggae Bob Marley sayup berkumandang di segenap ruang suram bilik.

We got a life to live, they say

Aku bersandar di kerusi plastik sambil memejamkan mata sambil menikmati bait bait lagu penyanyi berambut tak ubah seperti mop buruk itu. Walalupun ada setengah biji butir yang tak kufahami namun rentaknya mmemang mengkhayalkan. Patutlah si penarik ganja sukakan rentak ini.

Lambat pula petang nak menjelang malam. Malam ni aku ada janji dengan dia. Dia kata boring tinggal sorang kat rumah. Dia ajak keluar makan. Kutarik dalam dalam nafasku dengan rokok kontot terkepit kemas dibibir. Bontotnya menyala indah. Aku tersenyum sendiri.

Tiba tiba jantung aku berdegup laju. Berdebar debar macam baru lepas jogging. Sedikit sesak nafas aku dibuatnya. Aku cuba bertenang dan menarik nafas perlahan. Argh, kuatnya auramu sampai nafasku hampir terhenti. Adakah aku seorang yang syok sendiri? Atau kau juga memendam rasa? Adakah aku ni gila kerana gilakan kau? Seekor kodok yang memuja singa. Singa yang penuh dengan kelembutan namun marak dengan semangat. Manalah nak dijelingnya kodok yang menggerutu ni. Persetan itu semua!

Yang penting malam ni aku akan duduk semeja dengan si singa jelita itu..

20081217

Intro

Aku dan dia dah lama bercinta walaupun dia tak sedari. ?? Macam mana boleh bercinta tapi tak sedar? Bukan, ini bukan filem Hindustan main guling guling atau ngangis tahap tak ingat punya.. Ini betul betul kejadian, bukan cobaan.

Hidup aku tidak berkisar di sekelilingnya.. Dia bukan nafasku.. Tapi dia jiwaku.. Dia tak ambil tahu tapi dia peduli. Dia bijak berbicara. Punya kosakata berjuta juta.. Aku terhad dengan kosa minda sekolah. Dia jauh tapi dekat.. Namun tak tercapai dek jiwa gersang bodoh ini. Di mata semua dia di beri tabik spring.. Tapi aku hanya mampu memeluknya dengan renunganku.

Kau terlalu tinggi buatku.. Dalam diam aku mengintai dari balik tiang konkrit yang tak cukup gemuk untuk menyembunyikan jasadku, tapi cukup gagah untuk menutup cintaku dari tatapan umum..