20090317

Adik..

"Hello Along, assalamualaikum.. Along apa khabar?"

"Alhamdulillah sihat. Adik sihat? Mama ngan papa apa khabar?"

"Semua sihat. Kitorang semua rindukan Along.. Lama Along tak balik.. Bila Along nak balik?"

Aduh.. Soalan yang cukup payah untuk aku jawab. Nak kutipu adik ku yang tersayang, tak sampai hati. Nak berterus terang, serba salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Maka, kemam ajelah dalam mulut.

"Insyaallah, tak lama lagi Along akan balik. But not now. Along sibuk. Banyak urusan yang belum selesai."

"Along marah kat papa lagi ker? Dah lah Long, yang sudah tu sudahlah.. Adik rindu kat Along. Adik datang jumpa Along boleh?"

"Tak boleh! Along nak pergi outstation malam ni."

Dengan cepat mulut ku bertindakbalas dengan permintaan manja adikku. Aku tahu dia rindu padaku. Kami hanya 2 beradik, aku hanya ada dia dan dia ada aku.

"Nantilah sayang. Sabar ya. Along akan balik satu hari nanti. Cuma bukan sekarang. Maaf ya Along kena pergi dulu. Chat later ya sayang."

"OK, I miss you a lot. Jangan lupa call adik eh? I love you Along."

Suaranya bagai menahan tangis. Sebak juga aku dengar, tapi aku terpaksa tamatkan talian. Selagi aku belum mampu merungkai balak yang aku pikul, selagi itu aku tak boleh pulang. Hati aku meraung rindukan keluarga, tapi aku tak ada keberanian untuk menghadap orang tuaku. Lebih lebih lagi papa. Orang yang cukup berpengaruh di dalam kampungku. Kalau aku balik sekarang pasti pelempang sulongnya singgah tepat ke pipi aku. Pegh! Tak sanggup aku.

Aku menekan butang telefon bimbitku. Nombor Honey. Alamak, ada suara perempuan pulak suruh aku tinggalkan pesanan. Kat mana pulak puteri aku yang seorang ni. Saat ini rasanya alangkah lega andai aku dipujuk dengan dakapan mesra Honey. Mana pulak buah hati aku ni..

20090305

Honey + Cornetto = Ben

Lama sudah aku menyepi.. bukan merajuk tapi sibuk. Sibuk cuba mengatur dan menguruskan tuntutan hidup dan fardhu kifayah. Yang itu aku jaga tapi bab fardhu ain aku lalai. Aku sedar tapi aku lalai.

Susupan tangan lembut menarik dan mendakap lenganku mengejutkan aku dari lamunan. Dia mengusap manja lenganku. Geli geleman aku dibuatnya. Tapi demi mempertahankan kemachoan aku, aku maintain. Walaupun sampai meremang bulu hidung.. Hormon testosteron aku insist yang aku kene tunjuk macho dan seolah olah tak terjejas dengan belaian itu. Padahal jantung aku serta merta berdebar, bagai nak pecah. Nafsu tenang jadi bergelodak. Mau saja aku peluk dan gomol si pujaan aku ni..

Sabar.. sabar..

"Honey, you nak ice cream? I belikan nak?"

Aku cuba menembak soalan bodoh demi menyelamatkan gelora hormon yang mula lupa diri. Nasib baik dia balas dengan anggukan manja..

Dengan cepat dan pantas aku melangkah ke gerai ice cream berdekatan. Cornetto.. hmm favourite Honey.. Selesai urusan jual beli RM2.50, aku pun berpaling, berjalan kembali ke arah Honey. Honey tersenyum manja bagaikan anak kecil.. Geramnya aku tengok. Ditambah dengan bibir merah mongel dan tubuh montok.. Aduhh.. sabar sabar..

Berselera sungguh Honey menjilat ais krim. Disuakan ke mulut ku penuh mesra. Tidak kutolak. Apa saja darimu tidak akan kutolak sayang.

"Hai. Dah lama sampai?"

Bahuku ditepuk dari belakang. Kutoleh, Ben rupanya. Aku mengangguk berjabat dengannya. Selepas bertukar sedikit khabar khabar bodoh dan masing masing menyalakan rokok.."Aku perkenalkan, ni Honey."

Honey melirik senyum pada Ben. Menyirap darah aku tengok senyuman Honey.. Alamak kenapa tiba tiba aku jadi cemburu ni.. Kenapa aku rasa begini?

"Ok lah bro, aku nak gegas dulu. Tadi nampak kau, saja tegur. Ok Bro, till next time" Ben berlalu sambil menjeling Honey. Honey pula membalas lambaian Ben. Aduss.. Ni betul punya cemburu ni..

Sabar.. Sabar..

"Saper tu sayang?"

" Kawan I. Sama sama belajar dulu." Aku balas ringkas.

Alamak, takkan Honey ada hati kat dia kot.. Honey cuma senyum, senyum penuh makna tu..