20090618

Detik


"Terima kasih pakcik.." Aku hulurkan 3 keping not merah pada pemandu teksi tua tu. Dengan berat hati aku ringankan punggung keluar dari teksi yang berhenti betul betul di depan rumah orang tua ku.

"Nampak macam takder orang.." Aku bercakap sendiri. Mulanya tak nak pulang, entah kenapa pagi tadi, hati aku meluap luap suruh pulang..

"Assalamualaikum..Mama? Mama? Along ni.."

Pintu rumah dikuak luas. Adik..

"ALONG!!" Semacam singa lapar adik aku menerpa memeluk aku. Hampir aku terjatuh hilang imbangan. Aku membalas dakapan rindunya.

"Mama mana?" "Ada kat dalam. Marilah masuk.." Dia menarik tangan ku masuk. Bagaikan orang bodoh aku ikutkan saja..

"Mama!Mama! Tengok sapa datang ni.. Mama! Cepatlah!"

"Sapa dia..." Mamaku yang tercinta segera muncul dari dapur dan terpaku melihat aku di depan matanya. Macam patung arca dia ternganga..

"Mama apa khabar?" Aku menghulurkan tangan bersalaman dan mencium pipinya lembut. Ya Allah, rindunya aku pada pipi dan bau mu mama..

Mama terus memaut dan memelukku erat dan mula menangis teresak esak. Hapir hampir aku tak dapat bernafas.

"Along , mama ingatkan kau dah tak nak balik dah.. Ya Allah, rindunya mama.."

"Along minta maaf ma.. Papa mana?" Serta merta jantungku berdegup kencang.

"Ada kat dalam bilik, mari.." Mama dan adik menarik tanganku. Kakiku serta merta jadi beku. Mereka tak peduli dan terus menarikku..

"Abang, tengok sapa dah balik?"

Perlahan lahan sekujur jasad tua memusingkan badannya dari mengiring ke dinding untuk melihat 'hadiah' yang di bawa isterinya. Dia merenung dan terdiam. Aku jadi serba salah, tak berani nak balas renungan makrifatnya. Rasanya bagaikan ditenung malaikat maut. Nak maju takut kene pancung, tak maju, mama dan adik aku asyik menolak aku ke depan. Redhalah. Mungkin ini yang terbaik buatku. Perlahan aku maju dan mencapai tangan papa untuk ku cium.

Papa sentap tangannya, "Sejak bila pulak aku ada anak lelaki ni?! Zuriat aku semuanya perempuan! Sudah, kau salah rumah! Keluar! Keluar!"

Terduduk aku ditepis papa. Aku dah agak mesti perkara ni akan berlaku. Mama segera memujuk papa dan memberi isyarat supaya aku dan adikku keluar. Adik menarik aku keluar ke ruang tamu dan membawa aku ke bilikku.

"Sabar ye long..Papa tak sihat tu. Kejap lagi oklah tu.. Sabar ya.."

20090604

Simpang atau bulatan

Kalam virtualku lama sudah tersadai di atas meja. Lama sudah tidak berpetik. Sudah disalut selapis debu. Sibuk? Itu semua satu alasan. Sibuk melayan suara suara sumbang yang berkumandang dalam kepala otak senget ni. Tapi bukannya skizophrenic. Sekadar sibuk menimbang berat baik buruk, pro dan contra tindakan dan kehidupan, keuntungan dan kerugian, kehidupan dan kematian..

Sibuk fikir Honey.. haha.. Bodoh aku ni! Manakan dapat aku gapai si Dewi itu..Tak akan.

Temanku yang dulu berperang dengan tuan tanah kedaung, akhirnya bebas.. Tuan tanah itu dah dapat tawanan baru. Kini temanku sibuk dengan amanah pendidik, sibuk menari dengan kalamnya, mewarnai lagi dunia coretan yang tanduskan tok dalang muda. Yang berani bermain dengan kata kata lancang dan tajam. Dengar cerita kini berurusan dengan tuan tanah baru...

Komuniti yang pernah kukenali lebih 10 tahun dulu kini menjengah di sebalik tabir yang selama ini buat aku rasa sendiri di pentas ini. Baru keluar dari hibernasi. Bermacam cerita, drama, epilog seram sejuk dan lucu bak Raja Lawak dimainkan buat tontonan ku.. Hidup bagaikan teater yang mampu memanusiakan manusia.. Memang benar kata Azizah Hussein..

Dan aku? Masih lagi dengan kehidupan lama yang telah diberi nafas baru. Para pelakon dan para pemain pentasnya masih lagi watak watak lama yang di revolusikan.

Honey? Masih aku pendam kemaruk cintaku di lubuk rangka 4 kerat. Entahlah, orang lain dilema antara 2 persimpangan, aku dilema di round-about. Banyak betul simpang dan pilihannya. Tapi hanya satu yang aku dibenarkan pilih. Mama telefon lagi, tanya bila nak balik.

Aku akan balik, tapi tak tahu bila. Baju dah berlipat dalam beg, argh biar jelah.

Petang ni Ben nak jumpa aku. Tah apa lagi cerita dongeng yang dah tersedia untuk aku. Demi kawan, layan jelah..

Balik

"Hello Along? Assalamualaikum. Mama ni. Mama nak bagitau ni, papa sakit. Along balik eh? Kesian papa. Asyik sebut nama Along jer. Dah lah, jangan merajuk lagi. Yang sudah tu sudahlah."

"Insyaallah mama.."

Terngiang ngiang suara lembut mama memujuk aku pulang. Papa sakit. Tak jumpa, takut tak sempat mintak maaf, umurnya pendek. Nak balik, tak berani. Lebih pada tak sanggup. Apa pulak kata orang tua tu kalau nampak aku macam ni sekarang. Ada yang terus meninggal kene strok. Nauzubillah, aku tampar mulut sendiri. Cabul!

Nak balik ke tak? Alah papa tengah sakit, mesti dia tak kuasa nak sound aku punya. Tapi berapa sakitnya dia? Buatnya demam sikit jer, ada nanti aku kene perambat dengan parang puting kesayangannya. Dengan tangan sasa berurat. Kulit hitam berkilat dek panah mentari. Adoyai.. confirm senget herot rahang aku kalau kene penampar papa. Terus pekak seumur hidup.

Nak lambung syiling macam tak logik. Sambil terlentang dikatil dengan lengan di dahi, aku tenung siling bilik aku yang sedikit bersawang. Balik jugaklah kot. Ada berani kaa? Ah redah jer. Kalau orang tua tu marah, cepat cepatlah aku balik sini..

Perlahan lahan aku bangun mencapai beg pakaian dari atas almari. Sambil melipat baju, kepala otak aku menerawang jauh ke kampung halaman. Rindunya kampung..

20090603

Onar

Masa aku sampai nak menjemput Honey dari tempat kerjanya, aku nampak matanya merah.

"Sakit mata ker?" Tanyaku poyo.

Dia geleng, mukanya suram.

"Nak layan Milo Ais? Basah basahkan tekak?" Sebenarnya aku nak pancing peluang korek cerita. Aku tau, lagi didesak, lagi cerita rahsia dia akan benam dalam dalam, sedalam lapisan bumi ke tujuh. Jangan harap dapat jumpa lagi. Dia sekadar angguk lesu.

********

Sampai di kedai mamak depan Central Market, aku pesan milo ais kow, kegemarannya. Perlahan aku capai jemarinya. Dia memandangku lesu.

"Kenapa sayang? Ada problem ker?" Lagi satu soalan poyo. Dah muka dia sembab tentulah ada problem! Apalah bangang nyer aku nih. Aku usap usap lembut tangannya dan akhirnya cerite terburai.

Dia mangsa sexual harrassment di tempat kerja. Berderau darah aku. Telinga aku serta merta panas tapi aku control macho depan dia. Aku tak nak dia takut.

"So, what are you going to do about it?" Aku cuba control suara. Tak rugi dulu aku belajar teater.

"Entah. Biar jelah kot." Biar? Mana boleh! Honey aku diganggu setan keparat dan nak biar jer? Tumbuh satu lagi tanduklah si setan tu.

"I jumpa supervisor you ya? I cakap I cousin you? And kita cerita masalah." Dia segera geleng protes.

Aku beralih tempat duduk ke sebelahnya. Ku dakap bahunya rapat ke dadaku. Kucupan ku singgah ke dahinya. Cuba nak beri false sense of security.

"Jangan risau sayang, I will help you.." Reassurance yang tenang buat Honeyku. Honey menggangguk manja.

Nanti kau setan, aku panggil geng, aku patah patahkan tangan kau yang berani jamah kulit Honey. Ku seluk poket seluar dan semacam tangan ketam aku menghantar pesanan ringkas pada kaki kaki aku di Kajang. Selamatlah kau setan.. Aku senyum dan kembali mendakap Honey.

20090507

Art.. Art..

Pagi ni pukul 5.00 aku dah celik.. tiba tiba teringat kampung halaman..

Teringat Art..

Art, kawan baik aku dari darjah 1. Sama sama makan duku kat serambi rumahnya di Parit Keroma. Sama sama meratah jambu air dengan kicap dan gula pasir. Masa Tingkatan 2, sama sama main Gimrami di rumah Jalan Bentayan, dengan Art dan Mike sampai tengah malam. Sampai kena marah dengan mak dia, baru nak ingat selimut bantal. Baru terhegeh hegeh bakar ubat nyamuk, parking kat penjuru belakang pintu masuk rumahnya.

Kalau berjalan mesti nak kena sebelah kiri aku. Entah apa pantang larang tok guru dia aku pun tak tahu. Takut susuk terkeluar kot..

Bila keluar menyusur jalan Bentayan dengan selipar jepun dan seluar track hitam dia, sure cerita komplen yang keluar. Mintak pendapat itulah .. inilah.. Kesian banyak betul pergolakan perasaan. Kesian gak kat makhluk ni.

Tup tup sekarang dah jadi somebody.. Memang aku tabik spring kat dia, walaupun aku rasa tak senonoh and macam bukan dia. Walau dulu nampak selekeh atau memang itu gaya dia, sekarang memang dia terer. Aku tetap tabik and bangga jadi salah sorang kawan rapat dia.

Eh, apasal tetiba rasa rindu kat dia eh..

Aku nak introducekan dia dengan Honey..

Honey..Aku akan belai hati dan nalurimu, biar kau terkulai setiap kali dengan aku. Dan bila hati dah bersatu akan tiada lagi penghalang antara kita, biarpun cintaku ini hakikatnya terlarang..

20090506

Wayang oh wayang

"Assalamualaikum. Bang, tumpang tanya boleh?"

"Waalaikumussalam.."

Segera aku menoleh ke belakang, siapakah pemilik suara lunak itu?

Alamak.. budak lebailah..

"Ya dik? Nak tanya apa?"

"Oh maaf, kat mana alamat ni ya? Saya bukan orang sini.."

"Oh, Ofis ni ada kat hujung sana tu haa.."

"Oh yeker.. terima kasih.."

Handsome jugak budak lebai tu.. Tersenyum sendiri aku.. Hmm.. manalah Honey aku ni. Kata nak mintak aku tolong hantar balik rumah, bayang pun tak nampak.. Kalau dah pompuan tu pompuan jugak.. Meleceh tak habis..

Baru aku kepit bontot rokok di celah bibir, bahu aku ditepuk dari belakang. Satu ciuman manja singgah dipipi.

"Hai sayang! Dah lama tunggu? Sorilah lambat.."
"Takderlah, baru jer sampai" aku cover macho. Dapat cium punya pasal, suruh aku tunggu setahun pun aku sanggup.

"Jom gerak.." Disauknya lengan aku dengan penuh manja, berjalan sambil melentok kepala ke bahuku macam ayam patah leher. Alahai, syoknya.. Kalau jadi isteri aku lagi syok. Lebih dari lentok pun takder hal punya..

"Honey, jom gi tengok wayang dulu..""OK cool. I pun ada benda nak citer..jom."

Ada benda nak citer? Alamak..

20090415

Gelora

Honey..

Kau sungguh ayu..sungguh suci..
Hanya namamu Honey.. pujaanku Honey..

Ingin aku tanyakan : Sayang, will you marry me?

Tapi lidahku kelu. Aku tiada kekuatan. Ataupun memang tak mampu. Tak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami sempurna. Aku sedar aku punya kekurangan. Tapi jiwa aku bergolak memberontak inginkan mu.

Argh.. the rage in me is killing me slowly!

Kini aku dengar kau mula berjinak merapati Ben. Ego ku benar benar tercabar.. Will you ever be mine?

Sial kau Ben! Of all people, kau jadi pesaing ku. Cis!