20090507

Art.. Art..

Pagi ni pukul 5.00 aku dah celik.. tiba tiba teringat kampung halaman..

Teringat Art..

Art, kawan baik aku dari darjah 1. Sama sama makan duku kat serambi rumahnya di Parit Keroma. Sama sama meratah jambu air dengan kicap dan gula pasir. Masa Tingkatan 2, sama sama main Gimrami di rumah Jalan Bentayan, dengan Art dan Mike sampai tengah malam. Sampai kena marah dengan mak dia, baru nak ingat selimut bantal. Baru terhegeh hegeh bakar ubat nyamuk, parking kat penjuru belakang pintu masuk rumahnya.

Kalau berjalan mesti nak kena sebelah kiri aku. Entah apa pantang larang tok guru dia aku pun tak tahu. Takut susuk terkeluar kot..

Bila keluar menyusur jalan Bentayan dengan selipar jepun dan seluar track hitam dia, sure cerita komplen yang keluar. Mintak pendapat itulah .. inilah.. Kesian banyak betul pergolakan perasaan. Kesian gak kat makhluk ni.

Tup tup sekarang dah jadi somebody.. Memang aku tabik spring kat dia, walaupun aku rasa tak senonoh and macam bukan dia. Walau dulu nampak selekeh atau memang itu gaya dia, sekarang memang dia terer. Aku tetap tabik and bangga jadi salah sorang kawan rapat dia.

Eh, apasal tetiba rasa rindu kat dia eh..

Aku nak introducekan dia dengan Honey..

Honey..Aku akan belai hati dan nalurimu, biar kau terkulai setiap kali dengan aku. Dan bila hati dah bersatu akan tiada lagi penghalang antara kita, biarpun cintaku ini hakikatnya terlarang..

2 comments:

  1. Aku juga rindu kamu.

    Rindu kerana hanya perlu
    diam,
    ketawa,
    diam lagi,
    ketawa lagi,
    bila bersama kamu.

    Rindu kerana kamu tahu mencorakkan semuanya,
    termasuk aku...

    ReplyDelete
  2. Mungkin kerana ditakdirkan kita bersaudara walau dari rahim yang berbeza. Aku tabik.. Walau pun aku tetap rasa kerja tu mmg tak senonoh .. hahahaha

    ReplyDelete