20090604

Simpang atau bulatan

Kalam virtualku lama sudah tersadai di atas meja. Lama sudah tidak berpetik. Sudah disalut selapis debu. Sibuk? Itu semua satu alasan. Sibuk melayan suara suara sumbang yang berkumandang dalam kepala otak senget ni. Tapi bukannya skizophrenic. Sekadar sibuk menimbang berat baik buruk, pro dan contra tindakan dan kehidupan, keuntungan dan kerugian, kehidupan dan kematian..

Sibuk fikir Honey.. haha.. Bodoh aku ni! Manakan dapat aku gapai si Dewi itu..Tak akan.

Temanku yang dulu berperang dengan tuan tanah kedaung, akhirnya bebas.. Tuan tanah itu dah dapat tawanan baru. Kini temanku sibuk dengan amanah pendidik, sibuk menari dengan kalamnya, mewarnai lagi dunia coretan yang tanduskan tok dalang muda. Yang berani bermain dengan kata kata lancang dan tajam. Dengar cerita kini berurusan dengan tuan tanah baru...

Komuniti yang pernah kukenali lebih 10 tahun dulu kini menjengah di sebalik tabir yang selama ini buat aku rasa sendiri di pentas ini. Baru keluar dari hibernasi. Bermacam cerita, drama, epilog seram sejuk dan lucu bak Raja Lawak dimainkan buat tontonan ku.. Hidup bagaikan teater yang mampu memanusiakan manusia.. Memang benar kata Azizah Hussein..

Dan aku? Masih lagi dengan kehidupan lama yang telah diberi nafas baru. Para pelakon dan para pemain pentasnya masih lagi watak watak lama yang di revolusikan.

Honey? Masih aku pendam kemaruk cintaku di lubuk rangka 4 kerat. Entahlah, orang lain dilema antara 2 persimpangan, aku dilema di round-about. Banyak betul simpang dan pilihannya. Tapi hanya satu yang aku dibenarkan pilih. Mama telefon lagi, tanya bila nak balik.

Aku akan balik, tapi tak tahu bila. Baju dah berlipat dalam beg, argh biar jelah.

Petang ni Ben nak jumpa aku. Tah apa lagi cerita dongeng yang dah tersedia untuk aku. Demi kawan, layan jelah..

No comments:

Post a Comment